Friday, November 12, 2010

PENDAFTARAN LESEN MESIN CETAK (KDN)

Mengapa perlu mendaftar dengan Kementerian Dalam Negeri ?
Sebelum anda memohon bidang-bidang percetakan (untuk tujuan edaran) dengan Kementerian Kewangan Malaysia anda perlu memohon lesen mesin cetak dahulu, selain berstatus Bumiputera 100%. Bidang-bidang terlibat adalah :

221003 Mencetak Buku. Majalah, Laporan Akhbar
221004 Mencetak Fail, Kad Perniagaan dan Kad Ucapan
221005 Mencetak Label, Poster, Pelekat dan Iron On (Kertas)
221006 Mencetak Label, Poster, Pelekat (Plastik)
221007 Mencetak Continuous Stationery Forms 
221008 Mencetak Borang/Kertas Komputer 
221009 Cetak Keselamatan  

Bagaimana memohon lesen KDN ?
Kami sedia membantu anda dengan bayaran upah yang paling minima. Anda perlu bekalkan dokumen berikut kepada kami :

1. Untuk daftar ROB (Perniagaan Tunggal / perkongsian) - Sijil Perniagaan berserta maklumat perniagaan dan maklumat pemilik.
2. Untuk daftar ROC (Syarikat sdn bhd / berhad) -  Sijil syarikat, borang 49, borang 44, borang 24 dan M&A.
3. Peta lakaran ke premis (Saiz A4)
4. Maklumat mesin yang hendak dilesenkan (Model, jenis mesin, dan penggunaannya)

Kami mengenakan upah sebanyak RM250.00 sahaja dan caj pendaftaran adalah sebanyak RM500.00 setahun. Bayaran RM500.00 hanya dikenakan apabila permohonan lulus. Pihak KDN akan membuat lawatan tapak untuk melihat kesesuaian premis untuk tujuan percetakan.
 

Tuesday, October 26, 2010

KENAPA RANCANGAN PERNIAGAAN (KERTAS KERJA PINJAMAN) BEGITU PENTING ?

Rancangan Perniagaan atau lebih dikenali kertas kerja pinjaman merupakan dokumen penting untuk penilaian sebelum sesuatu pinjaman atau geran diluluskan. RP (Rancangan Perniagaan) amat berguna kepada si pemberi pinjaman untuk menilai sesebuah perniagaan berpotensi atau mampu untuk membayar balik pinjaman yang diberi.

Apa yang ada dalam rancangan perniagaan ?

1) Profail syarikat dan biodata pemilik syarikat Melalui pengenalan syarikat pihak pemberi pinjaman dapat mengetahui dengan lebih detail latar belakang sesebuah syarikat dan jenis perniagaan yang dijalankan. Pengalaman pemilik perniagaan juga amat penting untuk mengetahui keupayaan pemilik menguruskan syarikat selain kursus-kursus yang pernah disertai.
2) Jenis Perniagaan yang akan dijalankan dan perancangan perniagaan (Produk, promosi, persaingan dan peratus penguasaan dalam pasaran, pemasaran, dan analisa kewangan).Pemberi pinjaman perlu mengetahui jenis perniagaan dan produk yang dikeluarkan, samada jenis jualan produk atau perkhidmatan. Potensi perniagaan banyak bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan diberi. Pemberi pinjaman dapat menjangkakan keberuntungan perniagaan melalui pelbagai faktor seperti promosi, persaingan, lokasi, pasaran, pemasaran dan analisa kewangan.
3) Penyata Kewangan Tahun Kebelakangan dan Penyata Kewangan Ramalan. Potensi pemilik perniagaan membayar balik juga diukur melalui prestasi kewangan tahun sebelum, kedudukan kewangan dan keberuntungan dapat dijangka melalui aktiviti perniagaan tahun kebelakangan. Melaluinya juga ramalan penyata kewangan dapat dibuat.

Selain dari yang dinyatakan, unjuran aliran tunai juga amat penting untuk mengetahui keluar masuk tunai dan kemana tunai digunakan. Dengan tunai pinjaman akan dilunaskan. Oleh itu, lebihan tunai amat penting bagi pihak pemberi pinjaman. 

Rancangan perniagaan juga penting untuk pengurusan membuat perancangan masa depan dan membuat keputusan pelaburan.

Monday, October 25, 2010

MEREKOD URUSNIAGA DAN MENYEDIAKAN PENYATA PERAKAUNAN

Perakaunan merupakan bahasa perniagaan.  Perakaunan dapat menerangkan aktiviti ekonomi dalam sesuatu perniagaan selain kedudukan kewangan dan keberuntungan perniagaan. Melalui perakaunan juga suatu bentuk pelaporan dapat dicipta dimana ia amat penting untuk pemilik perniagaan dan juga 'orang luar' mengetahui apa yang 'sedang' berlaku dan yang akan 'berlaku'. Bentuk pelaporan ini dipanggil Penyata Kewangan (Terdiri dari Penyata Untung Rugi & Kunci Kira-kira serta nota perakaunan). Untuk menghasilkan penyata kewangan semua transaksi yang berlaku sepanjang tahun perlu direkod kedalam lejer atau jurnal sebelum dipost ke Penyata Kewangan. Oleh itu, dokumen seperti resit, bil, invois, baucer perlu disimpan sebaik-baiknya (sekurang-kurangnya 7 tahun). Selain dari pemilik perniagaan 'orang luar' seperti LHDN dan pihak bank amat berminat dengan penyata kewangan sesebuah perniagaan. Contohnya, LHDN dapat memastikan jumlah kena bayar adalah benar melalui penyata kewangan dan Pihak Bank dapat melihat prestasi kewangan lepas sesebuah syarikat untuk menilai keupayaan bayar balik pinjaman yg diberi.

Saturday, October 23, 2010

KENAPA BAYAR LEBIH UNTUK MENDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Buat tuan-tuan dan puan-puan pemilik perniagaan atau bakal-bakal kontraktor sekalian, sebenarnya untuk mendaftar MOF anda tidak lah perlu mengeluarkan banyak duit untuk membayar yuran. Bayaran yang tinggi dikenakan biasanya caj proses, yuran MOF tak sampai RM500.00 Terkejut jugak bila ada consultant mengenakan bayaran sehingga RM2000 +++ Kat sini saya tunjuk bayaran yang perlu anda bayar untuk pendaftaran baru KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Yuran Pendaftaran = RM 450.00
Caj Proses = RM 250.00 (Caj ni lah yg mahal, sampai beribu2)
Jumlah = RM 700.00 ( x sampai seribu pun)

Kenapa anda memilih untuk membayar lebih, padahal banyak lagi yang anda perlu guna selepas mendapat lesen MOF, kena beli borang tender, daftar PKK, CIDB, beli stok, bukak kedai dsg... So, fikir2 kan lah...



APAKAH PERANAN NORSYAZ MANAGEMENT SERVICES ?

Norsyaz Business Management merupakan perunding pengurusan perniagaan. Yang mana berperanan dalam menasihati ahli perniagaan dan usahawan berkaitan rutin perniagaan dan syarikat mereka.
Antara khidmat yang kami tawarkan ialah :
v  Perakaunan
v  Percukaian
v  Penubuhan syarikat
v  Pendaftaran perniagaan
v  Kertas Kerja Pinjaman Perniagaan
v  Pendaftaran ePerolehan dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

ADAKAH BAYARAN AKAN DIKENAKAN UNTUK PENDAFTARAN MOF ?

Ya, bayaran akan dikenakan selepas mendapat kelulusan dari Bahagian Perolehan Kerajaan. Jadual bayaran adalah seperti berikut :
JENIS PENDAFTARAN
Yuran (RM)
Caj Proses (RM)
Jumlah (RM)
Pendaftaran Baru
450.00
250.00
700.00
Pembaharuan Pendaftaran
450.00
250.00
700.00
Pendaftaran Semula
450.00
250.00
700.00
Tambah Bidang
50.00/bidang
15.00/bidang
65.00/bidang
Status Bumiputera
Tiada
250.00
250.00
Pendaftaran Kad Pintar (MyeP)
170.00
30.00
200.00
Pembaca Kad Pintar (Card Reader)
185.00
Tiada
150.00
Kemaskini Profail
Tiada
250.00
250.00
Pemeriksaan Buletin Tindakan Untuk Sebarang Pesanan Kerajaan atau pengesahan
Tiada
10.00/Jam
10.00/Jam

Memuatnaik atau meluluskan item-item catalog secara online
Tiada
10.00/jam
10.00/jam
Enablement CD
Tiada
10.00
10.00
*Yuran hanya dibayar selepas mendapat kelulusan dari Bahagian Perolehan Kerajaan.

BAGAIMANA MENDAFTAR DENGAN ePerolehan DAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ?

Untuk perniagaan tunggal dan perkongsian dokumen yang diperlukan adalah :
1)      Salinan Daftar Perniagaan (Bersama maklumat perniagaan dan maklumat pemilik)
2)      Salinan Penyata Bank (3 Bulan Terkini)
3)      Salinan I/C pemilik perniagaan
4)      Lakaran Premis Perniagaan / Kediaman

Untuk Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
1)      Borang 9 (Sijil syarikat)
2)      Borang 24 (Umpukan saham)
3)      Borang 44 (Alamat Pejabat Berdaftar)
4)      Borang 49 (Butir-butir pengarah)
5)      Annual Return (Bagi syarikat beroperasi lebih dari setahun)
6)      Penyata Kewangan Beraudit (Bagi syarikat beroperasi lebih dari setahun)
7)      Penyata Bank (3 Bulan Terkini)
8)      Salinan I/C semua pengarah syarikat
9)      Lakaran Premis Perniagaan/Kediaman
  • Dokumen-dokumen di atas akan diserah kepada Bahagian Perolehan Kerajaan sebagai pengesahan. Kelulusan permohonan akan diberitahu selepas satu minggu (7 hari). Sijil akan dikeluarkan seminggu (7 hari) selepas bayaran diterima.

APAKAH ePerolehan DAN KAITANNYA DENGAN PEMBEKAL ?

Mulai 6 Oktober 2000, semua pendaftaran baru, pembaharuan pendaftaran dan pendaftaran semula pembekal barangan dan perkhidmatan dengan Kementerian Kewangan Malasia (MOF) adalah dilaksanakan secara atas talian menggunakan system eperolehan. Dengan kata lain, pembekal perlu mendaftar dengan dengan ePerolehan sebelum memohon lessen MOF.
Kementerian tidak lagi menerima permohonan pendaftaran secara manual (isi boring). Walaubagaimanapun, dokumen sokongan perlu dikemukakan kepada MOF bagi tujuan pengesahan.

APAKAH HUBUNGKAIT ANTARA USAHAWAN/AHLI PERNIAGAAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ?

Selain membekal produk atau perkhidmatan kepada pihak swasta dan orang ramai. Para usahawan / ahli perniagaan tentu ingin membekal produk atau perkhidmatan kepada kerajaan. Selain bayaran bakal diterima terjamin, susun atur proses kerja lebih tersusun bermula dari pesanan, pengeluaran PO, penerimaan GRN/SRN sehinggalah pembayaran. Semua pembayaran dari pihak kerajaan adalah melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Oleh itu, pihak pembekal perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Kementerian Kewangan Malaysia.